Ahad, 25 Januari 2015

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Jika ada yang bertanya, sakit tak berbekam? 

 Ini jawapan saya...


Sakit dan sehat adalah pilihan anda. andalah yang memilih mengundang kesehatan atau mengundang penyakit. - See more at: http://www.bijakkata.com/2014/02/Kumpulan-kata-Mutiara-Bijak-Tentang-Sakit-Penyakit.html#sthash.wi1sP15N.dpuf

Sakit dan sehat adalah pilihan anda. andalah yang memilih mengundang kesehatan atau mengundang penyakit. - See more at: http://www.bijakkata.com/2014/02/Kumpulan-kata-Mutiara-Bijak-Tentang-Sakit-Penyakit.html#sthash.wi1sP15N.dpuf

Sakit dan sehat adalah pilihan anda. andalah yang memilih mengundang kesehatan atau mengundang penyakit. - See more at: http://www.bijakkata.com/2014/02/Kumpulan-kata-Mutiara-Bijak-Tentang-Sakit-Penyakit.html#sthash.wi1sP15N.dpuf

Sakit dan sihat adalah pilihan anda, andalah yang memilih mengundang kesihatan atau mengundang penyakit.  Kita hanya mencuba, yakinlah bahawa kesembuhan itu datangnya dari Allah SWT...

Jom Sihat!

Badan yang sihat itu anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya. 

Telefon:  Nurul 012-9444896 (Pembekam wanita)/SMS pun boleh!!!  (Sekiranya tuan/puan ingin membatalkan temu janji yang telah dibuat, sila hubungi saya semula untuk memberikan peluang kepada kasteme yang lain pula).  Tq

 

Musa 019-3789587 (Pembekam lelaki)

                

~~rasailah sendiri nikmat drpd rawatan kesihatan dan kecantikan mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W ini dgn servis terbaik punyerrrr...rilex dan tenang dengan alunan zikir tasbih Hafiz Hamidon~~

 

Alhamdulillah...gabungan antara rawatan bekam sunnah dan sauna (mandi wap) disamping ambil ubat yang dibekalkan oleh KKM Putrajaya mampu mengurangkan paras kolesterol.   Berbekam sebulan sekali untuk menten dan sauna tiga kali seminggu.  Saya telah membuktikannya:

 

1.  Check up kali pertama :  Tkh 25/4/2013 - bacaan 9.1 (high kolesterol)...doktor terkejut kemain sbb badan kecil

2.  Check up kali kedua:   21/11/2013 - bacaan 6.14

3.  Check up kali ketiga:  15/4/2014 - bacaan 5.5

4.  Check up kali keempat:  17/9/2014 - bacaan 5

   

Hrp dapatkan turunkan paras kolesterol ke  paras normal.

--------------------------------------------------------

      

JOM SIHAT!

TANPA UBAT-UBATAN, TANPA SUNTIKAN, HANYA DENGAN BERBEKAM

Rahsianya hanya dengan membuang darah kotor dan toksid dalam badan.  Ramai testimonial saya telah mendapat nikmat daripada rawatan sunnah ini...

MENGELUARKAN DARAH DAPAT MENGURANGKAN SAKIT KEPALA

Ramai yang mengadu mengalami sakit kepala yang berpanjangan dan kuat.  Rasulullah S.A.W juga pernah mengalami sakit kepala yg kuat dan mencadangkan supaya mengeluarkan darah dari tubuh agar toksin dalam badan dapat dikeluarkan dengan cara berbekam. 
 
Setiap kali ada orang yang datang menemui baginda dan menceritakan sakit di kepalanya, pasti Baginda s.a.w bersabda : berbekamlah (mengeluarkan darah).  Gambar di atas adalah bekam di kepala. Berbekam adalah cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah, untuk mengeluarkan darah bagi tujuan menyembuhkan sakit kepala. 
Bagi pesakit MIGRAINE, berbekam adalah ubat terbaik untuk mengatasi masalah ini.  Ramai kasteme yang mendapatkan rawatan bekam migraine ini telah sembuh tanpa mengambil ubat lagi setelah dua kali rawatan.  Darah kotor dan gas (angin) di dalam kepala akan disedut keluar...kepala akan jadi ringan sangat2...rawatan ini sangat popular dikalangan student U, cikgu2, mereka yang selalu berhadapan dgn stress di tempat kerja..dll.  Saya tidak praktikkan kepada kasteme saya sahaja tetapi kepada diri saya sendiri...jangan biarkan kepala anda diselubungi migraineeee....cuba dulu, baru tau haaaaaaa..
 
 
 
 BEKAM JERAWAT/RESDUNG

 

Bekam di muka (sesuai untuk muka jenis berjerawat)

Rawatan bagi pesakit resdung...jerawat halus memenuhi muka...sedutan kali ke dua darah bercampur lendir di sedut keluar...I'Allah rawatan resdung ini cepat mematikan jerawat dan darah kotor...slps rawatan kulit muka akan nmpk bersih dan menaikkan aura seri...bagi mengelakkan lebam di muka untuk rawatan ini...pesakit digalakkan untuk membuat rawatan di badan terlebih dahulu bagi mengelakkan lebam di muka.  Pesakit berusia di awal 20'an...

 

Bekam di dagu.  Pada kebiasaannya, jerawat gemar menjadikan dagu sebagai 'port' untuk membiak

 
 









Akibat daripada ketidaksesuaian produk di pasaran.





Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
utusankelantan @utusan.com.my


Bekam kurang risiko diabetes

KOTA BHARU 29 Jan. - Hasil kajian yang dijalankan seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati rawatan berbekam mampu mengawal penyakit diabetes serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.
Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam.

"Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.  "Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.  Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.  Ab. Aziz berkata, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.  Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan.  "Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.
Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Siti Amrah Sulaiman turut menyampaikan syarahan umum mengenai Madu Lebah Penawar Penyakit Sepanjang Zaman.  Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.  "Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.  "Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20140130/wt_01/Bekam-kurang-risiko-diabetes#ixzz2vWeZBunK © Utusan Melayu (M) Bhd

Sebahagian dari komen-komen pelanggan Mini SPA Putrajaya.  Alhamdulillah mereka telah mencuba kaedah rawatan bekam sunnah ini dan ternyata gembira dengan hasilnya...anda bila lagi?

antara SMS kasteme yg diterima
~~Salam Pn. Nurul.  Kaki kiri sy dh beransur ok ckit terutama ble baring, tp yg amat ketara ialah pd bdn.  Slepas 3 jam, bdn dan minda rs sgt ringan dan amat selesa.  Selera mkn tbe2 jd sgt terbuka.  Sy sudah mula pcy yg bekam adalah 'servicing' bjadual yg bgus pd bdn.  Wan~~

 ~~Assalam, alhamudlillah kak, pgi ni saya bngun bdn rasa ringn, skit kpla dah rasa kurang, tngan pun krg sakit...-NANI~~ (migrain)

  

 


 

 

 

 

 

 

 

Masalah Kesihatan yang berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak sihat:

*  Obesiti                          *  Sakit lutut                         *  Migrain, Resdung, ekzema

*  Kencing Manis             *  Stress, Hypertension       *  Sakit jantung

*  Kolesterol tinggi           *  Buasir                               *  Gastrik, Senggugut

*  Gout                              *  Strok                                 

*  Kebas-kebas dan tekanan darah rendah   




BEKAM DARAH JUGA MAMPU MEMBUANG ANGIN DARI BADAN
 
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar, berbekam darah pada kawasan tengkuk, bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa lebih ringan.  Cubalah...
 





Ini gambar salah seorang perenang olimpik di Beijing. jelas kelihatan badan beliau baru sahaja melakukan rawatan bekam untuk meningkatkan prestasi renang beliau.

FAKTA BEKAM

Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam.
Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.
Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.
Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.

'BEKAM' SUNNAH RASULULLAH SAW
Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis)

PERINTAH BERBEKAM
Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.

KENAPA PERLU BERBEKAM???
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.
KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."

WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.

BEKAM vs SIHIR

Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Allahu Akhbar!

BEKAM DI TENGKUK

Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."
Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."

BEKAM DI PELIPIS KENING

Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.

KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.


KEBAIKAN BERBEKAM
-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.