Jumaat, 14 Disember 2012

Assalamualaikum

Pelanggan-pelanggan Mini SPA Putrajaya yang dihormati

Info terkini harga bagi TAHUN 2013

-  BEKAM SATU BADAN 11 CUP PERTAMA RM10 PER CUP = RM100 (dari belakang tengkuk ke pinggang) termasuk massage sebelum dan selepas bekam.  Bagi penambahan cup bayaran hanya RM5 per cup sahaja...

-  BEKAM KEPALA BAGI PESAKIT MIGRAIN/PENING KEPALA = RM30 (satu point/spot)

-  BEKAM RESDUNG = RM30 (tiga point/spot) di muka

-  RAWATAN GHURAH (keluarkan lendir di tekak) = RM50 untuk rawatan selama sejam

-  BEKAM DAN SAUNA REMPAH = RM130


-  BEKAM OVERHAUL = RM150 dari badan ke kaki = 21 cup

Harga masih terendah di pasaran...servis gerenti terbaik punyerrrr...
Terima kasih atas sokongan pelanggan-pelanggan Mini SPA Putrajaya...

Memandangkan saya bekerja di siang hari, perkhidmatan saya adalah seperti berikut:

RAWATAN BEKAM

Isnin - Jumaat (Kecuali malam Rabu dan hari Rabu - Tutup)
8.30 malam - hingga kerja-kerja rawatan selesai

Sabtu - Ahad
9.00 pagi - malam

RAWATAN GHURAH  

Isnin - Jumaat
8.30 malam - hingga kerja-kerja rawatan selesai

Sabtu - Ahad
9.00 pagi - malam


Sila buat temu janji dahulu kerana sambutan untuk rawatan-rawatan di atas amat menggalakkan terutama sekali pakej terapi sauna dan bekam...badan terasa ringan sgt2...

Khamis, 8 November 2012

Persediaan sebelum berbekam

Jangan makan berat dua jam sebelum berbekam.  Anda adalah digalakkan untuk berpuasa kerana berbekam dalam keadaan perut kosong akan menguatkan hafalan dan terdapat kesembuhan serta rahmat dari ALLAH.

Hadis tuntutan bekam

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk kerana kesungguhan perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat AT Thabrani)

"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis Sahih)

"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan" (Hadis Hasan Gharib)

Isnin, 1 Oktober 2012

SAMBUTAN SANGAT MENGGALAKKAN BAGI PAKEJ:

1)  SAUNA DAN BEKAM


Jom kita bersauna, lulur dan bekam...untuk kesihatan dan kecantikan.  Badan ringan sangat2 slps toksin dan  peluh2 dikeluarkan masa bersauna.  Lepas tuh lulur lak, buang daki2 kat badan supaya kulit jadi cerah dan licin.  Akhir sekali berbekam, rasa bdn melayang2 di angkasa, ringan...kasteme saya berusia 17 tahun, kulitnya dah beransur cerah, bersih dan kurang gatal slps beberapa kali treatment krn jerawat naik di bhg belakangnya...

Sauna = RM30 (rempah) - RM20 (sauna biasa)

Bekam = RM100 satu badan dari belakang leher hingga pinggang (11 cup) - melibatkan sepuluh cup pertama dan RM5 untuk tambahan cup/spot

Bagi pakej ini diskaun harga akan diberikan...

Ahad, 12 Ogos 2012

Assalamualaikum

Para pelanggan yang dihormati

Mini SPA bekamputrajaya (lelaki dan wanita) telah dibuka seperti biasa.  Jom kita buang lemak-lemak, toksin, gula dan pening2 kepala akibat makan dan minum berlebihan di hari raya dengan bersauna, lulur dan bekam untuk mengembalikan kesihatan tubuh badan.  Badan sihat, wajah ceria...x caya?...cuba dulu baru tawww...servis terbaik punyerrrr...

Sila buat appointment seperti biasa...31hb. Ogos (Jumaat) mini SPA dibuka cam biasa...jumpa saya di sana, di sanaaa...di mana? (Presint 9, Putrajaya)...

Rabu, 25 Julai 2012


BULAN RAMADHAN JUGA BOLEH BERBEKAM

 

Anda ingin kelihatan sihat, bertenaga dan berseri di hari raya?...jom kita amalkan rawatan sunnah ini...

 

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, Mini SPA Putrajaya akan dibuka mulai jam 9.30 malam.  Hari Sabtu dan Ahad dari jam 9.00 pagi.


 Bulan ramadhan semua umat islam boleh berbekam macam biasa,cuma waktu berbekam digalakkan pada waktu sebelah malam. Kalau berbekam pada waktu siang pun tiada masalah,tetapi jika pesakit merasa badannya agak lemah sehingga menjejaskan puasanya jika berbekam,maka hukum berbekam akan menjadi makruh.Senang cerita berbekam pada waktu malam adalah waktu yang sesuai jika ingin menjalani rawatan bekam di bulan ramadhan.

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil  perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-
1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

Selasa, 10 Julai 2012

TAWARAN ISTIMEWA HARI RAYA 2012...

jgn lepaskan peluang anda...diskaun menanti anda...JUALAN PENGHABISAN STOK!!!...CEPAT, stok terhad!!!...Ingin dapatkan bentuk badan spt anak dara?...tiru macam saya...ehemmmm

hubungi Nurul di talian 012-9444896/017-3932896

Setiap wanita gemarkan kecantikan luaran dan dalaman.  Saya menawarkan korset yang mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk pembentukan kontur badan dan kesihatan anda.  Ia mendapat pengiktirafan produk SUPERBRANDS. Ini bermakna Premium Beautiful sangat berkualiti tinggi dan terlaris di pasaran serta berkualiti tinggi.

Apa itu Premium Beautiful

✿~✿ Premium Beautiful ialah korset no. 1 di Malaysia yang telah banyak membantu wanita2 Malaysia menyelesaikan masalah serta mengembalikan semula kecantikan, keyakinan dan kesihatan mereka pada tahap yang paling optimum.

✿~✿ Ianya bukan korset biasa, tetapi:
Fokus 70% untuk kesihatan dalaman dan luaran. 30% untuk pembentukan badan, dan 100% keyakinan kepada wanita.
Membantu melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kadar metabolisma dalam badan.
Yang menariknya, ia mempunyai Ia mendapat pengiktirafan produk SUPERBRANDS. Ini bermakna Premium Beautiful sangat berkualiti tinggi dan terlaris di pasaran.

✿~✿ Ia mengandungi Far Infra Red Rays (FIR).
Mendapat pengiktirafan antarabangsa, ACA (American Chiropratic Association)
Pengiktirafan daripada Pakar Sakit Belakang daripada USA, Qubec dan Kanada.
Fabrik Akwatek dan Akwadyne yg selalunya di gunakan untuk baju angkasawan
Fabrik yang boleh menstabilkan suhu badan. jika suhu persekitaran panas, Premium Beautiful boleh menyejukkan badan. Jika suhu persekitaran sejuk, Premium Beautiful boleh memanaskan badan si pemakai.
Menyah-bau badan si pemakai.

Selasa, 12 Jun 2012

Bersauna dan berbekam...khidmat rawatan di mini SPA saya.
Untuk temujanji sila hubungi saya di talian 012-9444896 (Nurul)

Cuba dahulu, baru tawwww...badan ringan sangat-sangat...

Sauna biasa = RM20
Sauna rempah = RM30

Hari Rabu:  Tutup

Jumaat, 4 Mei 2012

Bagi mereka yang berminat untuk berbekam, boleh add dan akses album berbekam di FB saya, Uda Yahya - sharing is caring

Masalah Berat Badan? Tiada Masa Untuk Bersenam & Beriadah? Kos Rawatan & Kecantikan Di Salon Amat Tinggi?
Tahukah Anda?...
Kini Ada Kaedah Menjaga Kesihatan Diri, Mencantikkan Kulit Dan Mengembalikan Berat Serta Bentuk Badan Yang Ideal Hanya Di Keselesaan Rumah Anda Sendiri?

Anda menghadapi masalah-masalah berikut?

Anda terlalu sibuk dengan urusan pejabat dan rumahtangga sehingga tiada masa pergi berjogging, beriadah dan melakukan senaman?
Tubuh badan sering berasa lesu, sakit-sakit sendi dan cepat letih?
Berat badan yang berlebihan, obesiti?
Kadar metabolisme rendah, badan tetap naik walaupun berdiet?
Berat badan naik selepas melahirkan anak?
Berpotensi diserang resdung, darah tinggi atau kencing manis?
Anda sibuk setiap hari sehingga kesuntukan masa untuk penjagaan kesihatan diri?
Anda keluar bekerja seawal pagi dan kembali ke rumah dalam keletihan.
Tiada masa dan tidak larat untuk bersenam, berjogging, ke salon kecantikan ataupun ke gimnasium?

Inilah penyelesaiannya!

TERAPI BEKAM DAN SAUNA ADALAH JALAN PENYELESAIANNYA UNTUK KECANTIKAN KULIT DAN KESIHATAN TUBUH BADAN… 

PERKHIDMATAN SAUNA SEBELUM BERBEKAM TURUT DISEDIAKAN.  SCRUB/LULUR coming soon….

Saya sedia membantu anda…

Isnin, 23 April 2012

Air madu Kira Haq ini amat sesuai diminum selepas berbekam bagi memulihkan tenaga.  Diminum sebaik-baiknya di awal pagi tiga botol berturut-turut bagi membersihkan toksid di dalam badan dan mengeluarkan kahak serta mengurangkan batuk.  

AIR MADU KIRA HAQ

(Sesuai untuk semua)

*  Kurangkan guila, amalkan madu, manis madu adalah penawar
*  Hilang dahaga dapat tenaga
*  Merdukan suara (mengeluarkan kahak di leher)
*  Menguatkan minda
*  Jaga kesihatan diri anda dengan madu Kira Haq

100% madu asli / 100% madu Malaysia

Mengandungi Madu Asli Kira Haq dibancuh dengan air tapisan
Bee Polen dan zafran

Selasa, 10 April 2012


Telah mendapat kebenaran dari testimoni saya untuk disiarkan gambar ini....

Bekam resdung mampu mengembalikan aura seri di wajah anda supaya lebih tampil berkeyakinan. Tidak memerlukan perbelanjaan yg mahal spt rawatan laser yang memerlukan beribu riban setiap kali rawatan. Apa yg penting yakin, percaya anda boleh melakukannya, tidak cepat jemu dan displin yg tinggi dalam mengawal pemakanan dan minuman setelah rawatan dilakukan...pasien berusia 20'an...
Bekam resdung mampu mengembalikan aura seri di wajah anda supaya lebih tampil berkeyakinan. Tidak memerlukan perbelanjaan yg mahal spt rawatan laser yang memerlukan beribu riban setiap kali rawatan. Apa yg penting yakin, percaya anda boleh melakukannya, tidak cepat jemu dan displin yg tinggi dalam mengawal pemakanan dan minuman setelah rawatan dilakukan...pasien berusia 20'an...

Telah mendapat kebenaran daripada testimoni saya....

Selasa, 28 Februari 2012

bekam resdung - aura seri



rawatan bagi pesakit resdung...jerawat halus memenuhi muka...sedutan kali ke dua darah bercampur lendir disedut keluar. I'Allah rawatan resdung ini cepat mematikan jerawat dan darah kotor. slps rawatan ini kulit muka akan nampak bersih dan menaikkan aura seri. bagi mengelakkan lebam di muka untuk rawatan ini, pesakit adalah digalakkan untuk membuat rawatan di badan terlebih dahulu. pesakit ini berusia di awal 20'an...

berbekam di kepala



berbekam di kepala untuk pesakit migraine...satu point/cup sahaja...bagi pesakit kencing manis...darah yang disedut keluar berserta dengan buih yang mengandungi glukos...buih tersebut agak kental...biasanya selepas rawatan, pesakit akan merasa lega sangat2 dan ringan kepala...I'Allah berbekam di kepala bagi pesakit migraine adalah kaedah rawatan tradisional/sunnah yang terbaekkkk...


Salain dari itu, berbekam di kepala juga boleh menghilangkan kelemumur yang disebabkan darah kotor dan penggunaan shampoo yang tidak sesuai...kepingan2 kelemumur terjadi drpd darah kotor yang berkumpul di bawah lapisan kulit kepala...sbg contoh...saya sendiri mempunyai kelemumur yang tebal dan kerap menggaru kepala akibat gatal...slps berbekam di kepala, kelemumur memang hilang dan tak gatal2 lagi...slps enam bulan, kelemumur nipis muncul semula tetapi tidak seteruk dahulu dan perlu buat rawatan kali ke dua...

berbekam di peha dan betis

kasteme mengadu sering lenguh di peha dan betis...setelah dirawat beliau merasa sangat lega...

Darah kotor bercampur toksin berjaya dikeluarkan dari badan kasteme...cuba bayangkan apa akan terjadi sekiranya darah-darah kotor ini tidak dikeluarkan dari badan kita seumur hidup...

Rabu, 8 Februari 2012

Bagi yg ingin mendapatkan perkhidmatan bekam lelaki dan wanita di Temerloh, Pahang boleh hubungi Engku Azmi (Lelaki) dan Pn Tini di talian 010-7996511. Perkhidmatan dari rumah ke rumah...Anda akan dapat servis terbaik punyer.....

FAKTA BEKAM

Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam.
Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.
Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.
Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.

'BEKAM' SUNNAH RASULULLAH SAW
Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis)

PERINTAH BERBEKAM
Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.

KENAPA PERLU BERBEKAM???
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.
KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."

WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.

BEKAM vs SIHIR

Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Allahu Akhbar!

BEKAM DI TENGKUK

Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."
Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."

BEKAM DI PELIPIS KENING

Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.

KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.


KEBAIKAN BERBEKAM
-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.