Selasa, 13 Disember 2011

Mengapa harus berbekam








Selepas tiga bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.






Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan mengganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limpa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.



Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Dengan ringkasan di atas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat walafiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadaNya. Insya'Allah...

Sharing is caring...

Isnin, 12 Disember 2011

Bekam lutut





Lutut kasteme yg tlh menjalani pembedahan akibat ketumbuhan di dlm lutut tetapi masih membengkak. Pertama kali beliau dtg berjumpa saya, raut mukanya sgt stress krn kesakitan apabila berjalan. Buat pertama kali dibekam byk darah kotor disedut keluar. Bengkak agak mengecut ketara dan tanda hitam dilututnya tlh berkurangan. Gambar di sebelah adalah bekam kali kedua seminggu slps itu...perbezaan amat ketara, bengkak menyusut dengan mendadak...tanda hitam semakin cerah...bagi sesi rawatan kedua ini, perhatikan cup dipenuhi angin/toksid, ketulan2 lemak serta air dan darah kotor mengandungi buih memenuhi setiap cup disedut keluar. Bagi sesi rawatan ke tiga baru2 ini...darah kotor berserta lendir disedut keluar dan bengkak di lututnya telah mengecut. Raut wajahnya agak ceria slps dua kali rawatan krn dpt berjalan spt biasa tanpa berasa sakit lagi..."sharing is caring"...

Perbezaan menderma darah dan bekam



Soalan-soalan lazim mengenai berbekam

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan?

Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat2 laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah 'blood test' atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekan darah?

Ya selamat, ini kerana kami menggunakan jarum pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah jarum baru. Semua alatan bekam kami akan dicuci menggunakan klorok dan sabun dettol sebaik sahaja selesai digunakan.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mempu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?

Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17, 19 dan 21hb. mengikut kalendar islam. Sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong atau dua jam sblum berbekam tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?

Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius, wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita yang sedang datang bulan.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?

Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?

Bekam sunnah/darah. Darah kotor akan disedut ke permukaan kulit.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?

Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yg berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sessi rawatan berturut2.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam?

Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan spt seafood, telur, ayam dsbnya serta meminum ais untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?

Sebaik2nya berpuasa sehari sebelum temu janji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong dua jam sebelum berbekam. Berbekam tidak boleh di dalam keadaan perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil belum diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit. Biasanya sebelum proses rawatan, anda telah diingatkan supaya mengosongkan perut terlebih dahulu.

10) Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk rawatan tersebut?

Biasanya untuk bekam sunnah di badan (11 cup) akan mengambil masa satu jam setengah dan bergantung kepada permintaan pelanggan serta banyaknya darah kotor yang disedut keluar. Jika darah yang disedut keluar sedikit sahaja akan memudahkan pembekam dan mengambil masa sekejap sahaja.

11) Adakah darah akan mengalir lagi setelah proses rawatan selesai?

Tidak. Darah akan berhenti secara automatik setelah dua kali sedutan dan keluarnya cecair putih dari badan pesakit menandakan proses rawatan ini telah selesai walaupun darah kotor masih byk. Sebab itulah pesakit digalakkan untuk datang lagi bagi sessi rawatan selanjutnya bagi membuang sisa2 darah kotor yang masih tertinggal dalam tempoh2 tertentu bergantung kepada keadaan rawatan sebelumnya.

12) Apakah tanda2 yang dialami oleh pelanggan selepas rawatan bekam selesai?

Anda akan merasa sedikit kegatalan di tempat sedutan darah kotor tadi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja. Jangan digaru cuma gosok-gosok perlahan sahaja di tempat gatal itu. Bagi setengah orang akan merasa letih, lesu, sedikit demam bergantung kpd keadaan seseorang itu. Kesan2 ini akan hilang dalam masa yang singkat dan selepas itu badan akan terasa lebih ringan dan selesa.

13) Berapa lama tanda-tanda lebam di badan akan hilang?

Bagi rawatan bekam sunnah/darah akan mengambil masa seminggu atau lebih awal daripada itu bergantung kepada keadaan seseorang. Bagi bekam angin (dry cupping) akan mengambil masa yang lebih lama daripada itu.

14) Bagaimana pula dengan rawatan resdung? Adakah muka akan menjadi lebam kesan sedutan tersebut?

Tidak. Dengan syarat anda membuat rawatan asas di badan bagi membuang darah kotor terlebih dahulu. Selepas itu barulah rawatan resdung akan dibuat. Untuk rawatan ini, jarum akan dilaraskan ke tahap sederhana kerana kulit muka agak berbeza dengan kulit badan. Anda disarankan supaya tidak menjarakkan rawatan pertama dan kedua terlalu jauh bagi mendapatkan kesan yg lebih baik.



Ahad, 11 Disember 2011

BEKAM MENYEMBUHKAN SAKIT KEPALA




Bekam darah adalah rawatan yang paling efektif, selamat dan paling berkesan untuk pesakit migrain yang kronik dan sakit-sakit kepala biasa. Lihat saja darah kotor yang terkumpul yang di keluarkan,itulah punca utama kepala anda selalu berasa sakit dan pening kerana terkumpulnya darah kotor tersebut. Jika tidak di buang berkemungkinan besar akan menjadi punca Stroke di mana darah telah membeku di dalam saraf otak kita. Dan bekam sunnah ini adalah di galakkan dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali. Point ini juga boleh menyembuhkan 72 jenis penyakit berbahaya,juga mengurangkan pengaruh-pengaruh sihir yang membuatkan halusinasi pada pesakitnya. Insyaallah.
"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"
Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:
"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".

Selasa, 1 November 2011

BEKAM UNTUK SAKIT LUTUT




SAKIT SENDI LUTUTMungkin anda pernah atau sedang mengalami sakit lutu tetapi tidak begitu mempedulikannya kerana berfikir ia tidaklah begitu serius. Namun jika rasa sakit ini berterusan ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup kerana pergerakan menjadi terhad lantaran bimbang rasa sakit bertambah.



Faktor-faktor yang menyebabkan sakit lutut:

* Kecederaan lutut akibat aktivit berat
* Penyakit
* Berlebihan berat badan atau obesiti
* Peningkatan usia

Tanda-tandanya:

* Sakit apabila mula berjalan atau hendak bangun. Mungkin akan hilang apabila
berjalan.
* Sakit apabila naik turun tangga.
* Terdapat bunyi meretih atau berasa tidak selesa ketika menggerakkan sendi.

Puncanya:

* Belaku geseran antara tulang femur dan tibia di dalam sendi apabila rawan
rosak atau haus.
* Penggunaan lutut secara berlebihan.
* Tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal boleh menyebabkan otot di
sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil.

MERAWAT GOUT DENGAN BEKAM




Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.
Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

Serangan akut (tiba-tiba).
Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.
Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Bagi mengurangkan rasa sakit menyucuk-nyucuk akibat gout ini tadi kaedah bekam adalah paling mujarab sekali. Kebiasaannya darah akan keluar berbuih-buih kerana asid urik tadi. (mcm air coke bila kita buka penutup botol akan keluar buih gas)
Kebiasaannya pesakit gout tersebut akan sembuh setelah 2-3 kali rawatan. Insyaallah....

BEKAM OVERHAUL




Rawatan bekam darah ini melibatkan 22cup diseluruh titik badan bagi meringankan badan dan menyegarkan keseluruhan badan secara maksimum serta menyembuhkan masalah kebas kaki.

Sabtu, 22 Oktober 2011

BEKAM DI PUTRAJAYA





















Bagi anda yang ingin mendapatkan khidmat rawatan bekam lelaki bolehlah menghubungi Encik Musa di talian 019-3789587.  Sila buat temujanji awal. Atau anda boleh terus datang ke Blok C3-Tingkat 7-Unit 7, Flat Harmoni (Hijau), Presint 9, Putrajaya.

FAKTA BEKAM

Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam.
Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.
Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.
Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.

'BEKAM' SUNNAH RASULULLAH SAW
Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis)

PERINTAH BERBEKAM
Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.

KENAPA PERLU BERBEKAM???
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.
KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."

WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.

BEKAM vs SIHIR

Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Allahu Akhbar!

BEKAM DI TENGKUK

Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."
Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."

BEKAM DI PELIPIS KENING

Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.

KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.


KEBAIKAN BERBEKAM
-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.